Saturday, January 6, 2018

Cabaran 2018

Cabaran kehidupan antaranya adalah benda yang paling dekat dengan diri kita.

Pertama adalah diri kita sendiri. Sebelum diri kita hanyut dengan pelbagai arus melekakan di luar sana, lebih baik kita merancang sesuatu untuk diri kita.

Diri kita pada 2018 berpotensi menjadi sama seperti diri kita pada tahun 2017 atau menjadi lebih teruk.

Adakah kita mahukan keadaan itu berlaku? Sudah tentu tidak. Jadi, pada tahun 2018 kita memasang azam untuk menjadi lebih baik dan azam semata-mata tidak mencukupi.

Apa lagi yang kita boleh dan perlu lakukan untuk diri kita?

Ada banyak benda. Diri kita ini boleh melonjak beratus kali ganda berbanding diri kita yang sebelum ini.

Keyakinan ini perlu disemat dalam diri. Kalau kita nak sesuatu, kita boleh buat. Apa yang berlaku selama ini ialah kita tak betul-betul urus apa kemahuan kita. Kita tak urus mana satu lebih penting.

Kadang kita tahu dan sedar tapi kita tak bersungguh-sungguh.

Masalah saya sendiri ialah apabila banyak sangat benda yang nak dicapai, akhirnya tak tercapai pun sebab letih fikir banyak sangat kena buat.

Jadi lepas ini, kena susun ikut prioriti dan buat satu demi satu. Kemudian, fokuskan fikiran dan tenaga untuk sesuatu perkara dan buat sampai siap dan berjaya.

Jika benda itu berterusan dan makan masa panjang, saya kena fikir macam mana nak kekalkan momentum supaya tak cepat penat dan lelah di tengah jalan.

Setakat ini dahulu luahan hati saya.
Salam sayang dari Ampang.

No comments:

Post a Comment