Sunday, December 25, 2016

Perkhidmatan Terbaik

SEMALAM selepas saya mengambil Alza daripada pelanggan di Ukay Perdana, saya menerima mesej di Whatsapp daripada pelanggan itu.

"Terima kasih, service terbaik," katanya.

Ini kali pertama saya menerima pujian langsung daripada pelanggan.

Timbul persoalan:

Adakah perkhidmatan yang saya berikan selama ini tidak baik? Mengapa baru sekarang perkara ini disebut kepada saya?

Saya rasa tiada beza perkhidmatan saya dengan pelanggan semalam dengan pelanggan-pelanggan lain.

Barangkali kerana pelanggan semalam pernah menyewa dengan syarikat lain, lalu dia boleh membuat perbandingan.

Mungkin juga kerana dia seorang peniaga, dan dia teliti dengan step by step perkhidmatan yang saya berikan lalu dia menghargainya.

Mungkin kerana pelanggan-pelanggan lain merasai pengalaman sama, cuma ia tidak disampaikan kepada saya.

Saya tak tahu mana satu jawapan kepada persoalan tadi.

Apa yang pasti, selepas ini saya akan bertanya kepada setiap pelanggan saya, bagaimana tahap kualiti perkhidmatan yang saya berikan.

Ini perkara baru yang akan saya lakukan.

Semoga ia memberikan banyak dapatan baharu untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan syarikat kami.

Demikian sahaja perkongsian kali ini.

Sekian, terima kasih.

Untuk tempahan kereta, hubungi Firdaus di talian 011-11444212 atau isi borang tempahan www.carrentalampang.com/bookingform

Saturday, December 10, 2016

Bisnes Tarbiyah

Dalam bisnes ada tarbiyah.
Definisi tarbiyah ialah taghyir suluk, iaitu berubah tingkah laku.

Ada banyak perkara yang Allah nak ajar kita.

Antaranya ialah:
1. Konsep rezeki dan usaha
Kita yakin Allah dah tetapkan rezeki kita maka hati kita akan tenang.
Tapi kita tahu rezeki tak datang bergolek.
Maka kita akan berusaha bersungguh-sungguh supaya perniagaan kita maju.

Banyak lagi nak hurai konsep rezeki ni. Tapi lain kalilah.

Sekian.
---
Untuk tempahan kereta sewa, hubungi saya sendiri di talian 011-11444212
Anda boleh juga terus mengisi borang tempahan di pautan berikut:
www.carrentalampang.com/bookingform

Sunday, November 13, 2016

Berpindah ke www.carrentalampang.com

Bismillah.

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.

Untuk urusan sewa kereta, anda boleh berkunjung ke laman web www.carrentalampang.com.

Kenapa berpindah?

Ya lah, antara blogspot dengan web dotcom, pelanggan lebih mempercayai dotcom. Kata pakar.

Tapi sebenarnya, nak tahu sesuatu syarikat itu boleh dipercayai atau lebih bagus atau tidak, tidak cukup dengan melihat pada blogspot atau dotcom.

Saya nak maklumkan di sini sebab utama saya menaik taraf ke laman web dotcom ialah untuk meningkatkan jualan.

Berdasarkan cakap-cakap orang lama dalam bidang, dengan laman web dotcom, kita akan dianggap lebih berkredibiliti dan akan mendapat pelanggan yang berkualiti, tambah-tambah kalau kita menulis dalam bahasa Inggeris.

Banyak modal ke buka laman web dotcom?

Soalan terbaik ni.

Mula-mula saya ingat mahal. Saya bertanya kepada kawan dan membuat carian di internet. Anggarannya RM1,000 ke RM1,500.

Rupa-rupanya murah saja. Murah kalau kita beli domain (alamat/nama web) dan hosting (rumah) sendiri. Dan juga guna template percuma yang disediakan.

Apa yang kita rasa mahal sebelum ini ialah apabila ia melibatkan web developer dengan khidmat service maintenance web dan juga design.

Sebab tu mahal. Memang patut pun harganya mahal. Tapi kita ada pilihan yang lebih murah, kalau kita tahu.

Saya tahu perkara ini hasil perkongsian otai lama dalam bisnes.

Web Car Rental Ampang Dotcom itu adalah yang paling jimat sekali. Beli domain dan hosting sendiri, kemudian pilih layout percuma dan buat posting sendiri.

Benarkah jualan meningkat dengan adanya laman web dotcom?

Saya pun kurang pasti sebenarnya kerana saya menggunakan blogspot pun tidak lama. Jadi kalau nak dibuat perbandingan antara keduanya, mungkin tidak tepat.

Bahkan juga terbanyak faktor lain yang mempengaruhi turun naik jualan, bukan hanya laman web semata-mata.

Wah, banyak pula coretan saya. Mulanya tak ada idea nak kongsi apa dengan anda semua.

Moga bertemu lagi di lain masa.

Firdaus
01111444212
www.carrentalampang.com

Saturday, October 15, 2016

Nak Myvi ke Viva? Dua-dua Auto

Myvi sedap sikit memandu. Viva pun apa kurangnya. Keluaran Perodua telah diperakui ramai!

Dua-dua jimat minyak.

Tahan untuk jalan jauh.

Sewa pun berpatutan. Tak mahal sangat.

Myvi sehari RM130.00

Viva sehari RM110.00

Beza RM20.00

Untuk tempahan, hubungi Firdaus di talian 011-1144 4212.

PM tepi pun boleh. Whatsapp, sms, telegram. Insya-Allah cepat dibalas.

Apa tunggu lagi? Cepat sebelum ia disewa orang.


Ini Mr Omprakash dari Taman Sri Watan, Ampang. Sewa sehari ke Penang untuk urusan kerja yang super urgent, jumpa client.

Alhamdulillah Myvi ni tahan jalan jauh.


Ini pula Viva EZ 1000cc Auto. Baru beli. Kereta second hand. Owner sebelum ni doktor perempuan di Senawang.

Umur dah 8 tahun, tapi mileage baru 90,000 km.

Maklumlah, doktor perempuan yang guna.

Pergi balik kerja je lah.

Mujur kami dapat offer ni. Berbaloi-baloi untuk dibuat sewa.

Apa lagi tunggu?

Cepat hubungi Firdaus 011-1144 4212.

Sekian, terima kasih. :)

Thursday, October 13, 2016

Perodua Viva 1000cc Auto Untuk Disewa





IKLAN KERETA SEWA

Viva EZ 1000cc Auto

RM110 sehari

Untuk tempahan, hubungi Firdaus 011-1144 4212


www.sewakeretampang.blogspot.my
www.facebook.com/sewakeretaampang

Tips mula berniaga


SAYA mula menjalankan bisnes kereta sewa pada Julai 2016. Seakan-akan tidak percaya, masa berlalu begitu pantas. Saya mendapat pelanggan pertama melalui iklan di Mudah.my.

Kini saya mula mendapat pelanggan melalui Facebook Ads dan Google Adwords. Walaupun tidak banyak, tapi syukur masih ada.

Itulah pengalaman saya yang masih belum sampai usia setahun jagung. Masih jauh lagi perjalanan jika dibandingkan dengan orang lain.

Saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya telah bertindak dan mencuba benda yang baru yang tak terfikir pun sebelum ini.

Kepada mereka yang masih belum memulakan perniagaan atau baru sahaja memulakannya, ini adalah sedikit nasihat saya:

1. Sucikan niat mengapa kita berniaga.


"Sahaja aku berniaga adalah kerana Allah Taala."
Perniagaan adalah sunnah Nabi.
9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan.

2. Mencari ilmu bidang perniagaan anda.

Selain membuat pembacaan di internet, saya telah menghadiri seminar 'Buat Duit Dengan Bisnes Kereta Sewa' anjuran otai kereta sewa, Tuan Wahi.


Dengan pakej seminar sehari itu, saya juga berpeluang berkenalan dengan rakan-rakan pengusaha kereta lain dan dimasukkan dalam group Whatsapp mereka.

Macam-macam topik dibincangkan!

3. Bertindak

Tindakan adalah yang membezakan kita dengan orang lain. Rakan yang baru saya kenal selepas seminar itu berkata, "Berusahalah Firdaus. Kalau kita tidak berusaha, sampai bila kita berada di takuk yang sama bertahun-tahun lamanya."

4. Jaga cash flow (aliran tunai)

Berniaga mengajar saya erti menyimpan untuk hari esok. Sebelum ini, pantang ada duit, saya akan terus belanjakan habis.

Sekarang, jika saya dapat bayaran kereta sewa, saya kumpulkan kemudian bahagi berapa peratus untuk syarikat, maintenance kereta dan gaji saya.

Dengan berkat cash flow yang selalunya positif, insya-Allah perancangan untuk mengembangkan perniagaan akan lebih mudah.

5. Kecil atau besar bukan isu

Perniagaan kita sama ada kecil atau besar tidak jadi masalah. Yang penting, kita menjalankan perniagaan dengan cara yang betul dan sikap yang betul.

Kesungguhan adalah kunci kejayaan, kejayaan kecil mahupun kejayaan besar.

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Selamat maju jaya walau apa jua perniagaan yang anda lakukan.

Jika anda mahu menyewa kereta, hubungi saya di talian 011-1144 4212.

Firdaus
www.sewakeretampang.blogspot.my
www.facebook.com/sewakeretampang
www.instagram.com/keretasewaampang

***Kapsyen gambar: Cepat masa berlalu. Kini saya berusia 30 tahun.

Thursday, October 6, 2016

IKLAN KERETA SEWA AMPANG


Ini iklan kereta sewa.

Kereta Myvi 1.3 Auto.

Harga RM130.00 sehari.

Kalau sewa banyak hari, harga boleh dirunding.

Bagaimana nak menyewa?

1. Isi borang maklumat penyewa di pautan berikut: https://goo.gl/forms/DX9ZsUEyjFANlzHK2

2. Membuat pembayaran deposit RM100 DAN 50% daripada jumlah bayaran sewaan ketika mengambil kereta di lokasi dan masa yang dipersetujui bersama.

Wang deposit RM100 akan dikembalikan semula selepas tiga hari jika kenderaan tidak mengalami sebarang masalah dan kerosakan.
3. Mesej saya untuk dapatkan harga sewaan dan pengesahan di talian 011-1144 4212. Juga untuk menetapkan lokasi penyerahan kereta. (Call/sms/whatsapp/telegram)

Apakah dokumen yang diperlukan?

1. Satu salinan kad pengenalan

2. Satu salinan lesen memandu

3. Satu salinan kad pekerja

4. Satu salinan bil utiliti (air atau elektrik)

Serahkan empat dokumen di atas kepada saya ketika hendak mengambil kereta.

Pada masa sama, saya akan meminta penyewa menandatangan dua keping kertas perjanjian sewaan. (Satu untuk simpanan saya, satu lagi untuk simpanan penyewa)

Baki bayaran perlu dijelaskan ketika memulangkan semula kereta.

Penghantaran percuma untuk pelanggan di sekitar Ampang.

Selamat menyewa dan menuju ke destinasi anda!

"Mudah Ditempah, Selesa Dipandu, Jimat Duit Minyak"


Tuesday, October 4, 2016

Tips penjagaan kereta

RAMAI orang seronok apabila dapat membeli kereta baru kesayangan terutama mereka yang baru memasuki alam pekerjaan.

Selain tahu menggunakannya dengan cermat, kita juga perlu tahu bagaimana menjaganya.

Berikut dikongsikan beberapa tips pengurusan dan penjagaan kereta kesayangan anda:

1. Servis kereta bila sampai masa

Kereta anda perlu diservis setelah sampai jumlah kilometer tertentu. Biasanya 10,000 km, 20,000 km dan seterusnya.

Jika jarak perjalanan anda masih kurang 10,000 km dalam tempoh 3 bulan, kereta anda tetap juga perlu diservis.

2. Benda apa yang perlu diservis?

Biasanya untuk kereta baru, sudah ditetapkan di dalam jadual servis. Setiap 10,000 km, yang akan ditukar ialah minyak hitam dan oil filter.

Selain itu, air bateri juga akan diisi jika telah kurang.

Bagi setiap 50,000 km pula, biasanya minyak gear pula perlu ditukar.

3. Beritahu mekanik jika terdapat sebarang masalah pada kenderaan anda.

Masalah seperti brek berbunyi, stering bergegar jika memandu laju dan apa jua yang anda rasakan tidak sedap ketika memandu.

Mekanik akan menjelaskan punca dan mencadangkan apa yang perlu dilakukan.

Sebagai contoh, jika stering bergegar ketika dipandu laju, ia mungkin disebabkan allignment tayar sudah tidak betul. Mungkin berpunca daripada hentakan kuat atau terlanggar batu besar yang memberi kesan kepada tayar.

Oleh itu, setiap kali anda memandu, sila berhati-hati dan perhatikan betul-betul jika ada lubang di tengah jalan yang perlu dielakkan.

4. Kebersihan kereta

Jaga kereta bukan hanya pada servis berkala, tetapi juga pada aspek kebersihan. Sebarang kekotoran dan bau busuk boleh dihilangkan dengan mudah jika anda menghantar kereta di mana-mana pusat car wash.

Dengan bayaran semurah RM10, kereta anda akan dibersihkan luar dan dalam. Lakukan sendiri jika mahu berjimat.

Untuk kekal bersih, basuh kereta anda sebulan sekali sudah mencukupi, bergantung kepada keadaan kereta anda.

Eh, dah habis?

Sebenarnya banyak lagi tips penjagaan kereta yang perlu diambil tahu.

Banyak lagi artikel berkaitan yang ada di internet. Anda juga boleh buka topik kereta dengan rakan-rakan jika ada masa yang sesuai.

Sekian dahulu untuk entri kali ini.
Jumpa lagi.

Jika anda mahu memerlukan perkhidmatan kereta sewa, kamilah orang yang anda cari.
Hubungi 011-1144 4212 untuk tempahan segera.

Firdaus
www.sewakeretampang.blogspot.my
www.facebook.com/sewakeretaampang
www.instagram.com/keretasewaampang

#keretasewa
#ampang
#carrental
#kereta

Saturday, October 1, 2016

VIDEO | Kereta Sewa Ampang


https://www.youtube.com/watch?v=pG145M9zxiM

Mudah Ditempah, Selesa Dipandu, Jimat Poket Anda

Kereta Myvi 1.3 Auto kini sedia untuk disewa

Penghantaran percuma jika anda di sekitar Ampang
Atau datang ambil sendiri di lokasi kami (berdekatan Tesco Ampang sebelah MRR2)

RM130 sehari (24 jam)
RM600 seminggu
RM1800 sebulan

Hubungi Firdaus 011-1144 4212 untuk tempahan (call/sms/whatsapp/telegram)
Pelanggan bertuah sehingga 5 Oktober akan mendapat hadiah misteri

Hanya empat dokumen diperlukan:
1 salinan kad pengenalan
1 salinan lesen memandu
1 salinan bil utiliti (air atau elektrik)
1 salinan kad pekerja atau business card

Satu borang perjanjian sewaan akan dikeluarkan sebagai rujukan bersama

Selamat Menuju Ke Destinasi

Maklumat lanjut:
www.sewakeretampang.blogspot.my
www.facebook.com/sewakeretaampang
www.instagram.com/keretasewaampang

(Jika anda memerlukan kereta selain Myvi, kami sedia membantu menyediakannya melalui rangkaian rakan-rakan pengusaha kereta sewa lain)

Thursday, September 8, 2016

9/10 rezeki daripada perniagaan, apa pesanan otai bisnes?


SATU hari saya berjumpa dengan orang lama dalam perniagaan dalam satu program.


Apabila mendapat tahu saya mula menjalankan bisnes kereta sewa, beliau pun bertanya, "Firdaus, betul ke nak fokus bisnes kereta sewa ni?"

Saya jawab, "Sekarang masih kerja makan gaji macam biasa, kereta tu nak sewakan sebab nak cari side income sikit-sikit, lagipun kereta tu tak digunakan sangat, lagi baik disewakan."

Beliau berkata lagi, "Memang betul 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan. (Saya pernah merujuk status hadis ini, statusnya adalah hadis dhaif. Hadis dhaif boleh digunakan untuk beramal, tapi tidak boleh digunakan ketika berhujah).

"Bisnes ini untungnya besar, 9/10. Tapi risikonya juga besar, 9/10 juga.

"Tapi apa yang menjadi pemberat sama ada kita dapat untung 9/10 atau rugi 9/10 ialah kesungguhan kita.

"Kalau memang kita fokus dan bersungguh-sungguh buat bisnes, insya-Allah kita dapat apa yang kita nak capai dalam bisnes," syarahnya panjang lebar.

Saya berfikir panjang mendengar kata-kata otai bisnes itu.

Memang benar kata pepatah Arab, "man jadda wajada", ertinya siapa yang berusaha, dia akan beroleh hasil.

Teruskan follow Blog dan FB Sewa Kereta Ampang untuk perkongsian seterusnya.

"Khidmat Terbaik Matlamat Kami"

Firdaus
011-1144 4212

Monday, August 22, 2016

Buat duit dengan bisnes kereta sewa

ANTARA bisnes 'goyang kaki duit masyuk' selain menjahit baju guna mesin lama ialah bisnes kereta sewa.

Adakah dakwaan ini satu kebenaran?

Betul, apabila pelanggan menyewa kereta kita, kita boleh duduk berehat atau membuat kerja lain dan akan mendapat bayaran sewaan.

Saya pernah bertemu dengan rakan-rakan pengusaha kereta sewa yang pendapatannya besar bahkan ada yang menjalankannya beberapa bulan sahaja namun telah mendapat pulangan wang modal dengan cepat.

Anda berminat? Bagaimanakah caranya?

Opps, nanti dahulu. Kena betul-betul faham sebelum terjun ke dalam bisnes ini. Sama seperti bisnes lain, kena ada 'ilmu'.

Antara perkara penting yang perlu diketahui sebelum memulakan perniagaan ini ialah risiko.

Rakan saya berkata, bisnes ini memang jana wang banyak dengan cepat tapi risikonya juga tetap tinggi.

Hanya kerana mendapat bayaran sewa lebih kurang RM120 sehari bagi kereta Myvi, anda juga berpotensi rugi RM50,000 jika kereta anda hilang dicuri penyewa terbabit.

Selain itu, jika kereta anda dikesan oleh SPAD dijadikan kereta sewa tanpa permit, anda juga bakal disaman dan mungkin didakwa di mahkamah.

Untuk memiliki permit, anda perlu mendapat lesen daripada Kementerian Pelancongan. Untuk mendapat lesen, anda perlu memohon dengan membawa kertas kerja syarikat, profil syarikat Sdn Bhd dan dokumen-dokumen lain seperti akaun bank semasa dan sebagainya.
Sulit bukan?

Betul. Tapi itu adalah peringkat yang ideal bagi satu-satu perniagaan kereta sewa. Jika betul-betul mahu jadi pengusaha kereta sewa berjaya, begitulah jalannya. Tiada jalan lain.

Tapi, untuk mencapai tahap itu, sudah tentu kita perlu bermula dari bawah. Langkah seribu bermula dengan langkah pertama.

Apakah langkah pertama yang perlu dilakukan?

Jawapannya ialah Mencari Pelanggan. Apakah yang dimaksudkan dengan mencari pelanggan?

FOKUS MENCARI PELANGGAN




Antara langkah awal dalam menjalankan perniagaan kereta sewa ialah mencari pelanggan.

Kerja mencari pelanggan adalah perkara yang amat penting.

Ada orang mengutamakan mencari kereta terlebih dahulu tetapi sebenarnya tidak.

Bayangkan jika anda sudah memiliki kereta untuk disewa, namun anda tidak berusaha mencari pelanggan, maka anda telah rugi.

Bayangkan pula jika anda telah membuat pinjaman bank untuk membeli beberapa buah kereta tanpa mencari pelanggan terlebih dahulu, maka siapakah yang akan membayar duit bank pada setiap bulan? Berkali ganda anda akan rugi.

Pengusaha kereta sewa yang sudah berjaya berpesan agar mencari pelanggan terlebih dahulu. Fokus cari pelanggan.

Apabila pelanggan sudah ada dan anda tidak cukup kereta, pass kan sahaja kepada rakan-rakan pengusaha kereta lain. Ambillah sedikit bayaran di atas usaha anda mencari pelanggan untuk mereka.

Mudah bukan?

Oleh itu, antara usaha saya mencari pelanggan pada peringkat awal ini adalah dengan membuka laman Facebook Sewa Kereta Ampang ini dan juga saya mengiklankannya di Mudah.my dengan bayaran hanya RM50.

Setakat ini dahulu perkongsian bisnes kereta sewa daripada saya.

Blog saya: www.sewakeretampang.blogspot.my

FB saya: www.facebook.com/sewakeretaampang

Tuesday, August 16, 2016

Panduan Sewa Kereta, Puas Hati dan Menjimatkan




HAMPIR setiap keluarga di Malaysia memiliki kereta sendiri. Namun tidak bermakna tiada orang yang menggunakan perkhidmatan kereta sewa.

Biasanya kereta disewa untuk tujuan-tujuan khusus, bukan untuk kegunaan biasa. Menghadiri jemputan kenduri kahwin pada jarak yang jauh, melancong, menyiapkan tugasan bagi pelajar universiti dan pelbagai lagi.

Berikut dikongsikan beberapa tips mendapatkan perkhidmatan kereta sewa yang selamat, memuaskan hati lagi menjimatkan:

1. Elakkan mendapatkan kereta sewa di lapangan terbang. Meskipun ia dijamin selamat kerana dikendalikan oleh syarikat besar, namun harganya agak tinggi.

Lainlah jika anda memang mampu dan tiada masalah kewangan.

2. Mencari secara online sama ada di enjin pencarian Google, Google Maps, Facebook dan portal sewa beli seperti Mudah.my.

Banyak syarikat pelancongan atau kereta sewa yang akan muncul dalam hasil carian anda.

Pastikan syarikat itu memiliki premis perniagaan (lihat pada alamatnya), sudah established dan mempunyai ramai pelanggan (testimoni), dan meyakinkan anda selaku penyewa.

3. Lakukan perbandingan harga antara beberapa syarikat untuk mendapatkan harga terendah. Jangan malu untuk meminta potongan harga (diskaun) jika anda seorang pelajar universiti atau anda menyewa lebih daripada sehari.

4. Sebagai langkah keselamatan, ketika berurusan mengambil kereta, pastikan semua dokumen anda yang diminta diserahkan kepada syarikat, dan anda mendapat hitam putih perjanjian sewaan kereta.

Ia penting jika berlaku sebarang perkara tidak diingini dalam tempoh sewaan. Biasanya, syarikat akan meletakkan 100 peratus kos di bahu penyewa jika berlaku kerosakan. Pastikan anda meneliti betul-betul isi kandungan perjanjian sebelum menandatanganinya.

5. Penghantaran kereta (delivery) ke tempat anda pun ada disediakan, ada yang percuma dan ada yang dikenakan bayaran tambahan, bergantung kepada jarak.

6. Kini terdapat syarikat yang sudah advance dalam perkhidmatan mereka. Semuanya dijalankan secara online. Bermula dengan tempahan, berakhir dengan bayaran. Semuanya online.

Antara syarikat terkenal milik anak Melayu yang advance ialah Green Matrix Car Rental (GMCR) yang diasaskan oleh En Wahi Abd Rasyid.

Selamat mengamalkan tips yang diberikan di atas, selamat menyewa kereta dan selamat menuju ke destinasi.

Sewa kereta di sini:

www.sewakeretampang.blogspot.my

Wednesday, July 27, 2016

Iklan Kereta Sewa Ampang



Bismillah.

Ini iklan kereta sewa.

Kereta Myvi 1.3 Auto.

Harga RM130.00 sehari.

Kalau sewa banyak hari, harga boleh dirunding.

Bagaimana nak menyewa?

1. Isi borang maklumat penyewa di pautan berikut: https://goo.gl/forms/DX9ZsUEyjFANlzHK2

2. Membuat pembayaran deposit RM100 DAN 50% daripada jumlah bayaran sewaan ke akaun Maybank saya:

Mohd Firdaus bin Salleh Hudin
162197351318
Emel: firdaus.sayeda@gmail.com

Wang deposit RM100 akan dikembalikan semula selepas tiga hari jika kenderaan tidak mengalami sebarang masalah dan kerosakan.

3. Mesej saya untuk dapatkan harga sewaan dan pengesahan di talian 011-1144 4212. Juga untuk menetapkan lokasi penyerahan kereta. (Call/sms/whatsapp/telegram)

Apakah dokumen yang diperlukan?

1. Satu salinan kad pengenalan

2. Satu salinan lesen memandu

3. Satu salinan kad pekerja

4. Satu salinan bil utiliti (air atau elektrik)

Serahkan empat dokumen di atas kepada saya ketika hendak mengambil kereta.

Pada masa sama, saya akan meminta penyewa menandatangan dua keping kertas perjanjian sewaan. (Satu untuk simpanan saya, satu lagi untuk simpanan penyewa)

Baki bayaran perlu dijelaskan ketika memulangkan semula kereta.

Selamat menyewa dan menuju ke destinasi anda!