Monday, October 9, 2017

Fikir Positif

Fikir yang elok-elok saja.

Jadi seperti lebah, masuk taman cari bunga.

Jangan jadi seperti lalat, masuk taman cari najis.

Kita sangkut dalam jem, jalan sesak. Tapi cuba dongak langit, lihat indahnya alam ciptaan Allah. Cantik bukan? Emosi kita akan tenang apabila tengok yang cantik-cantik dan fikir positif.

Kita akan hadapi banyak cabaran. Yakin diri boleh lakukan.

Cakap kita boleh! Jangan cakap kekurangan-kekurangan diri.

Pejam mata pada kekurangan.

Fikirkan kekuatan diri kita. Potensi kita. Kita mampu lakukan lebih jauh lagi.

Ujian yang datang, akan mematangkan.

Fikir positif!


Saturday, September 23, 2017

Alza 1.5 Auto Tahun 2014 RM180 Sehari - No Plat WAxxxxF

Ini Kereta Paling Besar Kami Ada. 6 Orang Dewasa Muat Masuk. Call 011-11444212 Untuk Tempahan Segera. RM500 Untuk 3 Hari. Berbaloi-Baloi Untuk Family Trip.





Bezza Baru Tahun 2017 1.3 Auto RM150 Sehari - No Plat VAM

Terbaru, Keluar Julai 2017. Call Segera 011-11444212. RM400 Untuk Tiga Hari. Warna Brown Sugar, Sumpah Smart dan Kemas!







Myvi 1.3 Auto Tahun 2011 RM130 Sehari - No Plat WVB

Terbaik Untuk Jalan Jauh. RM350 Untuk Tiga Hari. Call 011-11444212 Untuk Tempahan Segera.







Viva 1.0 Auto Tahun 2014 RM110 Sehari - No Plat WAxxxxC

Kecil-Kecil Cili Api. Tahan Jalan Jauh. Jimat Minyak Paling Penting. Special Price RM300 Untuk Tiga Hari. Call 011-11444212 Untuk Tempahan.





Myvi 1.3 Auto Tahun 2011 RM130 Sehari - No Plat WVX

Good Condition. Tahan Jalan Jauh. RM350 Untuk Tiga Hari. Call 011-11444212 Untuk Tempahan.






Monday, July 31, 2017

Ambil staf pertama untuk sementara

Alhamdulillah saya dah ambil staf sementara bermula dua minggu terakhir bulan Julai dengan gaji RM500.

Gaji bulan Ogos RM1,000.

Banyak membantu saya dalam menyelesaikan beberapa perkara.

Orang kata, jangan tunggu duit banyak baru nak ambil staf, takut duit tak cukup-cukup.

Bersyukur dapat ambil staf walaupun kewangan agak sempit sedikit. Tapi syukur juga dapat membantu beri gaji kepada staf.

Selain dapat membantu meringankan operasi syarikat, ia juga dapat membantu saya mengembangkan syarikat pada perkara-perkara yang perlu dilakukan.

Antaranya sistem dalaman seperti akaun, rekod maintenance kereta dan lain-lain.

Buku resit, baju korporat dan laptop sebagai aset juga telah berjaya dibeli. SOP juga telah dibina sikit-sikit.

Akan datang, sistem akaun (software) akan digunapakai, sistem pajak akan dikaji lebih mendalam, marketing fb akan dirancakkan dan lain-lain lagi idea yang telah lama saya fikirkan selama ini tetapi tidak mampu dilakukan kerana bergerak berseorangan.

Saya doakan anda juga berjaya mengembangkan syarikat dengan mengambil staf dan perkara-perkara lain.

Sekian terima kasih.

---
Jika anda berminat menyewa kereta, hubungi staf saya di talian yang sama 011-11444212 atau isi borang tempahan di pautan www.carrentalampang.com/bookingform