Saturday, January 6, 2018

Cabaran 2018

Cabaran kehidupan antaranya adalah benda yang paling dekat dengan diri kita.

Pertama adalah diri kita sendiri. Sebelum diri kita hanyut dengan pelbagai arus melekakan di luar sana, lebih baik kita merancang sesuatu untuk diri kita.

Diri kita pada 2018 berpotensi menjadi sama seperti diri kita pada tahun 2017 atau menjadi lebih teruk.

Adakah kita mahukan keadaan itu berlaku? Sudah tentu tidak. Jadi, pada tahun 2018 kita memasang azam untuk menjadi lebih baik dan azam semata-mata tidak mencukupi.

Apa lagi yang kita boleh dan perlu lakukan untuk diri kita?

Ada banyak benda. Diri kita ini boleh melonjak beratus kali ganda berbanding diri kita yang sebelum ini.

Keyakinan ini perlu disemat dalam diri. Kalau kita nak sesuatu, kita boleh buat. Apa yang berlaku selama ini ialah kita tak betul-betul urus apa kemahuan kita. Kita tak urus mana satu lebih penting.

Kadang kita tahu dan sedar tapi kita tak bersungguh-sungguh.

Masalah saya sendiri ialah apabila banyak sangat benda yang nak dicapai, akhirnya tak tercapai pun sebab letih fikir banyak sangat kena buat.

Jadi lepas ini, kena susun ikut prioriti dan buat satu demi satu. Kemudian, fokuskan fikiran dan tenaga untuk sesuatu perkara dan buat sampai siap dan berjaya.

Jika benda itu berterusan dan makan masa panjang, saya kena fikir macam mana nak kekalkan momentum supaya tak cepat penat dan lelah di tengah jalan.

Setakat ini dahulu luahan hati saya.
Salam sayang dari Ampang.

Monday, January 1, 2018

Tahun 2018

1. Saya tahu dakwah memerlukan dana yang kuat.

2. Saya perlu memiliki kekuatan ekonomi untuk menampung kos dakwah.

3. Saya mesti menambah ilmu bagaimana duit bekerja untuk saya, bukannya saya bekerja untuk duit.

4. Saya berhutang dengan orang sebanyak RM10,000. Saya berhajat menyelesaikannya dengan bayaran RM1,000 sebulan selama 10 bulan.

5. Saya akan berpindah ke rumah sendiri pada Oktober 2018 dan saya perlukan RM5,000 untuk kos perpindahan. Saya boleh kumpul RM5,000 ini dengan simpanan sebanyak RM500 setiap bulan.

6. Matlamat kewangan terakhir saya ialah menyimpan untuk tabung kecemasan berjumlah RM24,000. Bagaimana saya boleh lakukannya? Saya perlu menyimpan sebanyak RM2,000 setiap bulan.

7. Demikian tiga matlamat kewangan saya pada tahun ini.

8. Matlamat lain ialah membaca, menulis, bersukan dan menghafaz al-Quran. Saya akan perincikan kemudian.

Sekian sahaja coretan saya pagi ini.
Jumpa lagi.