Monday, July 31, 2017

Ambil staf pertama untuk sementara

Alhamdulillah saya dah ambil staf sementara bermula dua minggu terakhir bulan Julai dengan gaji RM500.

Gaji bulan Ogos RM1,000.

Banyak membantu saya dalam menyelesaikan beberapa perkara.

Orang kata, jangan tunggu duit banyak baru nak ambil staf, takut duit tak cukup-cukup.

Bersyukur dapat ambil staf walaupun kewangan agak sempit sedikit. Tapi syukur juga dapat membantu beri gaji kepada staf.

Selain dapat membantu meringankan operasi syarikat, ia juga dapat membantu saya mengembangkan syarikat pada perkara-perkara yang perlu dilakukan.

Antaranya sistem dalaman seperti akaun, rekod maintenance kereta dan lain-lain.

Buku resit, baju korporat dan laptop sebagai aset juga telah berjaya dibeli. SOP juga telah dibina sikit-sikit.

Akan datang, sistem akaun (software) akan digunapakai, sistem pajak akan dikaji lebih mendalam, marketing fb akan dirancakkan dan lain-lain lagi idea yang telah lama saya fikirkan selama ini tetapi tidak mampu dilakukan kerana bergerak berseorangan.

Saya doakan anda juga berjaya mengembangkan syarikat dengan mengambil staf dan perkara-perkara lain.

Sekian terima kasih.

---
Jika anda berminat menyewa kereta, hubungi staf saya di talian yang sama 011-11444212 atau isi borang tempahan di pautan www.carrentalampang.com/bookingform

No comments:

Post a Comment