Monday, June 19, 2017

Tak jadi bisnes fulltime sekarang

Sebelum ini pening saya memikirkan untuk berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa. Ini kerana saya mendapat satu tawaran daripada seorang kenalan yang mahu melabur dalam syarikat saya.

Banyak juga wang yang mahu diberikan tapi beliau memberi syarat saya mesti berniaga sepenuh masa. Katanya, bisnes susah berkembang jika kita melakukannya secara sambilan.

Saya bersetuju dengan cadangannya. Tapi saya mengambil masa agak lama juga untuk membuat keputusan. Akhirnya saya menolak tawaran itu dengan beberapa alasan.

Saya berasa menyesal juga atas keputusan ini. Akan tetapi, disebabkan risiko yang bakal saya tanggung, agak berat bagi saya untuk menyahut tawaran tersebut.

Dalam berniaga memang pasti kita akan menghadapi risiko. Risiko itu pula kita boleh kira sendiri. Calculated risk istilahnya.

Contoh mudah, expenses bulanan saya lebih kurang RM3,000 sebulan. Apakah jaminan yang saya ada bahawa bisnes saya boleh menjana pendapatan RM3,000 sebulan? Adakah jualan kereta sewa sekarang mampu membayar gaji saya sebanyak itu?

Berdasarkan rekod perniagaan saya setakat ini, belum pernah dapat jualan tinggi sehingga mampu membayar gaji sebanyak RM3,000.

Tambahan pula, saya sendiri tidak mempunyai simpanan yang banyak untuk menampung expenses bulanan saya selama 6 bulan hingga setahun.

Nah, jika dua jaminan ini tidak ada, mengapa saya perlu berhenti kerja sekarang? Ini semua risiko yang bakal saya hadapi dan saya tidak ada jaminan untuk menghadapinya.

Oleh itu, apa pilihan yang saya ada?

Saya tangguhkan hasrat berhenti kerja. Saya bangunkan bisnes perlahan-lahan. Saya perlu membuat simpanan sebanyak mungkin hingga satu tempoh.

Selepas itu, barulah saya akan menilai semula adakah saya akan berniaga sepenuh masa atau tidak.

Buat masa ini, saya sedang mencari pekerja untuk membantu operasi bisnes. Ya, saya mencari staf.

Tapi saya belum mengiklankan jawatan kosong ini secara formal. Tunggulah lepas cuti raya ni saya usahakan betul-betul.

Sekian sahaja perkongsian saya. Semoga ada manfaatnya kepada pembaca-pembaca budiman.

---
Jika anda berminat menyewa kereta, hubungi saya di talian 011-11444212

No comments:

Post a Comment