Friday, March 30, 2018

Kisah Mac 2018

Ini adalah bulan pertama saya submit jualan kereta sewa kepada pihak Green Matrix.

Rental Agreement (RA) perlu diisi dan duit sewa perlu dimasukkan ke akaun GM.

Bulan ini saya meletakkan sasaran RM20,000.

Pada tengah bulan, saya mula risau kerana duit simpanan sudah habis manakala ada dua komitmen yang perlu dilunaskan iaitu perbaharui cukai jalan bernilai RM1k dan memulangkan deposit penyewa RM1k.

Ertinya saya perlu mendapat pendapatan lebih sebanyak RM2k.

Saya risau duit tidak cukup.

Tapi kalau sasaran RM20k tercapai, saya akan berjaya kumpul RM2k.

Saya risau pasal duit.

Sampai satu tahap, saya bermalasan untuk mengira sales harian di score board.

Hanya mengagak-agak jumlah sales.

Alhamdulillah, hingga hampir di hujung bulan, sales bertambah-tambah. Kini sudah melebihi RM15k.

Walaupun tidak sampai RM20k, tapi RM15k adalah satu pencapaian yang baik bagi saya.

Baru ada kakitangan seorang dan saya sendiri masih makan gaji.

Bersyukur sangat-sangat.

Pada tengah bulan kita risau. Di akhir bulan kita lega dan bersyukur.

Apakah ini ujian yang melanda usahawan?

Mudah saja Allah menguji kita.

Sales sikit kita diuji dengan kerisauan. Siapa akan bayar itu dan ini.

Sales banyak juga adalah ujian. Adakah kita sudah bersyukur dan akan lebih banyak memberi.

Apa pun, saya tetap yakin rezeki datang daripada Allah.

Semuanya kembali kepada-Nya.

Usahawan yang berjaya kumpul duit banyak hanyalah pemegang amanah dan perlu membahagikan rezeki itu kepada orang lain.

Apa yang disumbangkan itulah yang akan kembali kepadanya di akhirat nanti.

Apa yang dibelanja di dunia, belum tentu milik kita sepenuhnya.

Sekian coretan saya kisah di bulan Mac 2018.

Terlalu banyak hikmah.

Moga Allah mudahkan segalanya.

#askfirdaus
#ismaweb
#ismagombak
#greenmatrix
#yourtravelsolution

No comments:

Post a Comment